Woods terbukti seorang legenda – McIlroy | Lain-lain (Sukan)

NEWCASTLE: Rory McIlroy berkata Tiger Woods ‘tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapapun’ ketika pemenang 14 kali gelaran Major itu bergelut untuk kembali ke aksi golf kompetitif susulan kecederaan.

Legenda golf berusia 41 tahun yang memegang tanggungjawab sebagai pembantu kapten pasukan Amerika Syarikat (AS) dalam saingan Piala Presiden di Jersey minggu ini berkata semalam dia ‘tidak mempunyai idea bagaimana masa depannya.’

McIlroy yang membesar dengan mengagumi Woods yang kini menjadi rakannya ditanya mengenai reaksi bintang itu selepas menghabiskan pusingan pertama British Masters di lapangan Close House di Newcastle, semalam.

“Hanya Tiger sendiri mengetahui sama ada dia boleh kembali atau tidak jadi kerana itu dia menggunakan pendekatan amat perlahan,” kata McIlroy.

“Saya menghabiskan sedikit masa dengannya sejak beberapa bulan lalu dan dia menunggu doktor-doktornya untuk memberitahunya sama ada dia boleh melakukannya sekali lagi.

“Dia akan mengambil nasihat mereka dan tidak seperti dia dahulu yang agak degil.

“Tetapi lihat, jika dia tidak bermain lagi sekali pun, dia adalah pemain terhebat pernah saya lihat. Dia mungkin pemain golf terhebat yang pernah saya saksikan dalam hidup saya.

“Saya tidak pernah melihat Jack (Nicklaus) bermain. Jack mempunyai rekod yang lebih baik tetapi saya tidak tahu jika dia bermain dengan lebih baik.”

Kejohanan terakhir yang disertai Woods ialah di Dubai Desert Classic pada Januari lalu namun dia menarik diri selepas mengalami kesakitan belakang.

Dia kemudian ditahan kerana memandu di bawah pengaruh dadah berdekatan kediamannya di Florida pada Mei lalu.

Laporan toksik mendedahkan kepelbagaian ubat preskripsi dalam sistemnya badannya ketika itu.

“Jika itulah keputusannya, dia tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapapun. Dia boleh berjalan keluar daripada permainannya dengan cukup megah dan dia sudah pun melakukan keajaiban dalam sukan ini,” kata McIlroy.

READ ALSO  Syukuri nikmat keamanan, kedamaian yang dikecapi - Agong

“Saya tidak fikir adalah seorang tokoh dalam golf yang melakukan lebih untuk sukan ini berbanding dirinya dalam sudut membawa pelbagai kumpulan orang yang berbeza dalam permainan, berbeza etnik, kumpulan usia, menjadikan golf hebat pada era 90-an apabila ia benar-benar memerlukan suntikan sesuatu.

“Jadi anda adalah legenda kepada sukan ini dan jika itu takdirnya, jadi semua orang harus menepuk tangan atas karier hebat yang dimiliki Tiger.” – AFP



Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.