Wiko Malaysia lancar Wiko View dengan dwi-kamera hadapan pada harga serendah RM899








TERKINI

Wiko Malaysia lancar Wiko View dengan dwi-kamera hadapan pada harga serendah RM899Wiko Malaysia lancar Wiko View dengan dwi-kamera hadapan pada harga serendah RM899

28/09/2017 2:21pm

Wiko View dan View Prime mampu memberikan pengguna kepuasan pada harga mampu milik,

KUALA LUMPUR – Wiko Mobile Malaysia (Wiko) hari ini lancar dua model telefon terbaharu, Wiko View dan Viem Prime yang masing-masing membawa tanda harga RM899 dan RM1,199.

Kedua-dua peranti pintar yang didatangkan dengan warna hitam, biru gelap dan merah ceri akan berada dalam pasaran awal Oktober nanti di semua pengedar-pengedar sah Wiko.

Pengarah Jualan Wiko, Danny Chan berkata, telefon pintar itu menawarkan teknologi terkini pada harga berpatutan.

“Ia hadir dengan skrin luas bersaiz 5.7 inci dengan kamera utama 13 mega piksel (MP) Wiko View dan 16MP View Prime serta dwi-kamera di hadapan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran di Hotel Pullman di sini pagi tadi.


Swafoto lebih jelas dengan dwi-kamera hadapan,

Ujarnya, dwi-kamera bersaiz hadapan 20 dan 8MP turut memiliki swafoto luas dengan sudut sehingga 120 darjah.

“Wiko View dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 425 empat teras manakala View Prime memiliki Snapdragon 430 lapan teras.

“Kedua-dua telefon turut memiliki ruang storan masing-masing 32 gigabait (GB) dan 64 GB serta 3GB RAM dan 4GB RAM,” ujarnya. –







READ ALSO  'Perjalanan tidak akan terhenti' | Harian Metro

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.