Wawasan Induk Negara Sejahtera dilancar

KUALA TERENGGANU 1 Okt. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi melancarkan inisiatif terbaharu parti itu, Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dalam majlis Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini.

HADI AWANG

HADI AWANG


WINS yang dicetuskan Lajnah Pemerkasaan Pas bertujuan membina masyarakat dan pemerintahan yang berasaskan nilai-nilai hidup Islam, berasaskan budaya politik matang dan sejahtera.

Ia dilihat sebagai kerangka strategi dan pendekatan Pas dalam membina sebuah negara dengan ciri keharmonian dan keadilan sosial, ketelusan dan kecekapan tadbir urus.

Juga kemantapan dan kemapanan ekonomi, keberkesanan sistem pendidikan serta kecemerlangan insan dan masyarakat.

Perubahan yang mahu dicorak melalui politik pilihan raya tanpa konflik yang merosakkan rakyat dengan mengetepikan politik permusuhan kaum dan cauvinis. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Adik Shafie Apdal direman lima hari

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.