Warga emas tunggu 47 tahun dapat MyKad

KANGAR 28 Sept. – Penantian selama 47 tahun oleh seorang warga emas untuk mendapatkan MyKad berakhir apabila dia menerima dokumen itu yang diserahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Perlis dekat sini hari ini.

[email protected] Samsu, 74, menerima dokumen itu yang amat ditunggu-tunggunya selama ini, daripada Pengarah JPN negeri, Mohd. Nasharudin Md. Yusof.

Menurut Mohd. Nasharudin, kejayaan menyelesaikan kes melibatkan Ismail itu diperoleh melalui Program Walkabout Perkhidmatan Terbaik Untuk Rakyat Negaraku yang dijalankan agensi itu pada Ogos tahun lalu.

Katanya, program tersebut melibatkan kerjasama penghulu-penghulu kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Dalam pada itu, di Kampung Banir Tembus, Simpang Empat di sini, dua beradik berusia 20 dan 21 tahun turut menerima sijil kelahiran masing-masing daripada agensi tersebut yang membolehkan mereka untuk membuat MyKad. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Buku Malaysia beri saingan sengit di Frankfurt | Nasional

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.