Warga emas 74 tahun baru dapat kad pengenalan








TERKINI

Warga emas 74 tahun baru dapat kad pengenalanWarga emas 74 tahun baru dapat kad pengenalan

28/09/2017 7:37pm

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


KANGAR – Derita seorang warga emas yang tidak memiliki kad pengenalan akhirnya berakhir apabila memiliki dokumen itu di kediamannya di Kampung Baru, Jalan Sarawak, Kuala Perlis di sini hari ini.

Menurut [email protected] Samsu, 74, dia bersyukur kerana kini sah menjadi rakyat negara ini.

“Sebelum ini, sukar bagi saya mendapatkan rawatan perubatan di hospital kerajaan kerana tiada dokumen kewarganegaraan yang sah.

“Saya pernah dikenakan bayaran RM1,040 pada awal tahun lepas oleh Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk mendapatkan rawatan kerana penyakit darah tinggi dan uzur.

“Selain itu, sekiranya sakit, saya mendapatkan rawatan di klinik swasta yang kadar caj dikenakan agak mahal,” katanya ketika ditemui oleh kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis untuk penyerahan kad pengenalan miliknya hari ini.

[email protected] dahulunya bekerja sebagai seorang nelayan dan menggunakan sijil taraf yang dikeluarkan Jabatan Imigresen sebagai pengenalan diri di negara ini.

Tarikh lahirnya pada 31 Disember 1943. –






READ ALSO  Media Prima antara syarikat terbaik di Asia | Nasional

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.