Wanita tak patut memandu kerana otak hanya suku, kata ulama Saudi

Sheikh Saad Al Hajari berkata wanita tidak layak memandu kerana otak mereka tidak seperti lelaki.

female-driver

PETALING JAYA: Seorang ulama Arab Saudi, Sheikh Saad Al Hajari berkata wanita tidak boleh dibenarkan memandu kerana “kekuatan otaknya hanya suku” berbanding lelaki.

“Wanita tidak sama dengan lelaki dari segi kekuatan otak dan begitulah bagaimana wanita diciptakan,” katanya memetik laporan Stepfeed.

Ketua fatwa agama Wilayah Assir itu dilaporkan membuat kenyataan itu dalam suatu ceramah, yang tular sejak Rabu.

Menurut laporan itu, Saad menjelaskan kekuatan otak wanita hanya separuh daripada otak lelaki, dan apabila wanita itu pergi membeli-belah kekuatan otak mereka menjadi suku.

Oleh kerana kekuatan otak wanita tidak menyamai kekuatan otak lelaki, Saad berkata pihak berkuasa Arab Saudi tidak patut membenarkan mereka memandu.

“Jika seorang lelaki hanya mempunyai separuh kekuatan otak, adakah pihak berkuasa akan memberikan lesen kepadanya? Tidak.”

Kenyataan Saad itu muncul di saat rakyat Arab Saudi hangat memperkatakan mengenai hak wanita di negara itu.

Mei lalu, Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz Al-Saud mengeluarkan dekri melonggarkan peraturan dan peluang pekerjaan untuk wanita.

Dekri itu mencetuskan perdebatan mengenai peraturan melarang wanita memandu kereta yang dilaksanakan selama ini.

Di Arab Saudi, tiada undang-undang rasmi melarang wanita memandu, bagaimanapun kerajaan belum mengeluarkan lesen memandu kepada wanita.

Kenyataan Saad mencetuskan kemarahan warga Arab Saudi di Twitter.

Seorang pengguna menulis: “Masalah sebenar adalah ada beberapa ulama menerangkan dan menafsirkan agama sesuka hati mereka dan menggunakan agama kita sebagai alasan untuk melakukan perkara buruk.”

Manakala seorang lagi berkata: “Wanita kurang otak, kurang kerohanian…semua kata-kata mengarut anda tidak akan berjaya…wanita akan dibenarkan memandu tidak lama lagi.”

READ ALSO  Pandu lorong kecemasan, nasib bekas Timbalan Ketua Pengarah JPJ ditentukan 5 Oktober depan

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.