Wanita paling berat meninggal dunia

ABU DHABI 25 Sept. – Rakyat Mesir yang dipercayai wanita paling berat di dunia ketika ini meninggal dunia selepas mengalami komplikasi jantung dan buah pinggang ketika dirawat di sebuah hospital di sini hari ini.

Eman Ahmed Abd. El Aty, 37, yang memiliki berat badan hingga 500 kilogram (kg) dilaporkan tidak pernah keluar dari rumahnya selama hampir 25 tahun disebabkan terlalu berat.

Wanita itu sebelum ini berdepan masalah ketika mahu mendapatkan rawatan di Mumbai, India awal tahun ini kerana tidak ada syarikat penerbangan yang mahu menerbangkannya disebabkan masalah kesihatan tersebut.

Eman bagaimanapun berjaya menjalani pembedahan bariatrik iaitu satu prosedur khas untuk membuat pintasan lemak di Hospital Saifee di sana dan beratnya dilaporkan susut hingga melebihi separuh daripada berat asal.

Namun, dia kemudian terpaksa dipindahkan ke Hospital Burjeel di sini untuk rawatan lanjut selepas keluarganya dikatakan bergaduh dengan pihak pengurusan hospital di India itu. -AFP

READ ALSO  Kutip tak sampai RM100,000 | Harian Metro


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.