Wanita cedera terjun tingkat lima bangunan hospital








TERKINI

Wanita cedera terjun tingkat lima bangunan hospitalWanita cedera terjun tingkat lima bangunan hospital

26/09/2017 10:14pm

Wanita tersebut (gambar bulat) melompat dari tingkat lima bangunan dan jatuh ke bumbung tingkat dua HSB (gambar kecil).

ALOR SETAR – Orang ramai yang berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini gempar apabila seorang wanita berusia 33 tahun bertindak terjun dari tingkat lima bangunan hospital itu petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, wanita tersebut dilihat berdiri di luar tingkap hospital di tingkat lima bangunan sebelum terjun.

Wanita terbabit kemudian kelihatan terbaring di atas bumbung tingkat dua HSB dan dia yang mengalami kecederaan terus dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit berkunjung ke HSB untuk melawat rakannya.

“Wanita itu terjatuh dari tingkat lima bangunan HSB sebelum terhempas di tingkat 2.

“Dia kini diberi rawatan kecemasan dan dilaporkan stabil serta dalam keadaan sedar,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, ujian X-ray mendapati wanita itu mengalami patah tulang belakang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada ahli keluarga, wanita terbabit dikatakan mengalami masalah mental.

Kejadian tersebut sempat dirakamkan orang ramai dengan rakaman tersebut viral di laman sosial Facebook sejurus kejadian. –







READ ALSO  Peguam cadang tempoh cuti bersalin pekerja wanita dilanjutkan


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.