Wanita Arab Saudi kini boleh miliki lesen memandu








TERKINI

Wanita Arab Saudi kini boleh miliki lesen memanduWanita Arab Saudi kini boleh miliki lesen memandu

27/09/2017 12:11pm

Gambar hiasan.

RIYADH – Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz Al Saud pada Selasa mengeluarkan perintah diraja membenarkan wanita di negara itu memiliki lesen memandu, lapor agensi berita China Xinhua, memetik sumber media tempatan.

Perintah berkenaan sekaligus menamatkan larangan kepada wanita Arab Saudi untuk memandu kenderaan, sebelum ini hak itu hanya dikhaskan kepada warga negara lelaki dan penduduk tetap sahaja.

Langkah itu menerima sokongan majoriti cendekiawan agama, menurut agensi berita rasmi Arab Saudi.

Bagaimanapun, pemberian lesen memandu berkenaan tertakluk dengan peraturan Islam dan jalan raya.

Raja Arab Saudi turut memerintahkan penubuhan jawatankuasa peringkat tertinggi membabitkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial, untuk mengkaji pelaksanaan peraturan baharu itu.

Larangan memandu berkenaan menyebabkan kebanyakan keluarga Arab Saudi terpaksa mengupah pemandu peribadi untuk membawa penumpang wanita ke sekolah, tempat kerja dan tempat-tempat lain.

Angka terkini menunjukkan hampir 800,000 lelaki, kebanyakan dari Asia Selatan, bekerja sebagai pemandu peribadi, lapor Televisyen Al Arabiya. – Bernama







READ ALSO  Hospital Melaka rai 11 bayi Maal Hijrah


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.