Vivian, Khe Wei ‘berperang’ dengan usia | Raket

KUALA LUMPUR: Selain masalah prestasi, Ketua Jurulatih Beregu Wanita, Wong Pei Tty turut gusar dengan faktor kecederaan yang menimpa pasangan utama, Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan berharap kedua-duanya perlu sentiasa berdisiplin jika berada dalam proses pemulihan.

Menurut bekas pemain badminton beregu wanita negara itu, ketika usia Vivian dan Khe Wei hampir mencecah 30 tahun, kecederaan memang sentiasa akan menghantui mereka dan masalah berkenaan yang tidak boleh diselesaikan dengan mudah.

“Faktor umur memang kita tidak boleh buat apa-apa untuk menghalangnya. Ia seperti sebuah kereta yang berusia 10 tahun dan sentiasa mengalami masalah kerosakan,” katanya ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, di sini.

Jelasnya, apa yang boleh dilakukan Vivian-Khe Wei ialah sentiasa mendisiplinkan diri jika perlu menjalani proses pemulihan akibat kecederaan agar mereka sembuh dan dapat beraksi pada waktu yang ditetapkan.

“Saya berpuas hati dengan perkembangan pemulihan kecederaan Vivian ketika dia mengalami otot terkoyak ketika di Sukan SEA bulan lalu.

“Berdasarkan laporan pakar fisiologi, proses penyembuhan Vivian berlaku dengan cepat dan ini disebabkan dia sangat berdisiplin mengikuti segala program ditetapkan.

“Kita memang mengharapkan mereka sembuh kerana hanya beregu ini saja yang akan beraksi di dua kejohanan bertaraf Siri Super berturut-turut bulan depan iaitu Terbuka Denmark dan Perancis.

“Memang harapan tinggi diletakkan kepada mereka dan saya harap mereka mampu menunjukkan perwatakan dan semangat melawan yang jitu,” katanya.

VIVIAN Hoo (kanan) dan Woon Khe Wei bakal berdepan pasangan China, Huang Dongping-Li Yinhui di pusingan pertama selepas undian Terbuka Denmark dilakukan. – Foto Rosli Rahmat

Vivian kini berusia 27 tahun, manakala Khe Wei pula 28 tahun dan pasangan negara ini menghuni ranking ke-13 dunia.

READ ALSO  Pemain naturalisasi beri impak buat Hong Kong | Bola

Undian Terbuka Denmark yang dilakukan semalam menyaksikan Vivian-Khe Wei akan berdepan pasangan China, Huang Dongping-Li Yinhui di pusingan pertama.

Turut mengambil bahagian di kejohanan itu ialah satu lagi pasangan beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang akan berdepan wakil India, Ashwini Ponnappa-N Sikki Reddy.

Terbuka Denmark akan berlangsung pada 17 hingga 22 Oktober ini di Odense Sports Park, Odense dan tahun lalu, pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul juara.



Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.