Villarreal pecat Escriba

VILLARREAL 26 Sept. – Villarreal mengambil langkah drastik apabila memecat jurulatih, Fran Escriba ekoran prestasi hambar yang ditunjukkan oleh pasukan itu pada awal musim dan menggantikan tempatnya dengan Jovi Calleja.

Keputusan itu dibuat selepas mereka dibelasah 4-0 oleh Getafe, kekalahan ketiga Villareal dalam enam perlawanan. Villarreal berada di tempat ke-14 dalam 20 pasukan keseluruhan.

Villarreal membuka kempen La Liga dengan dua kekalahan bagaimanapun berjaya bangkit dengan dua kemenangan dan satu seri. Mereka juga menang pada aksi pembukaan Liga Europa ke atas Astana dan bakal berdepan Maccabi Tel Aviv pada Khamis ini dalam perlawanan kedua kejohanan tersebut.

Calleja, 39, bekas penyerang Villarreal pernah mengemudi pasukan belia kelab tersebut selama enam musim. Dia pernah beraksi bersama Villarreal selama tujuh musim termasuk ketika membantu kelab tersebut mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2006.

“Kelab ini adalah segala-galanya bagi saya. Saya sentiasa mengimpikan saat ini (menjadi jurulatih). Saya sangat teruja. Pemain sangat komited dan pasukan ini tidak mempunyai batasan,” kata Calleja. – AGENSI

READ ALSO  Polis: Letupan bom di Kota Damansara bukan serangan IS


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.