[VIDEO]Kitaran kehidupan Abby Abadi

SHAH ALAM 25 Sept. – Arbaiyah Abdul Manan lebih dikenali dengan nama Abby Abadi selepas beliau menjadi salah seorang anggota kumpulan Elite.

Pengasas bersama Azza ketika menubuhkan kumpulan Elite, Abby dan Azza bersama-sama dengan Sasha Saidin, Linda dan Watie terus mencipta nama dan populariti bersama dalam industri hiburan tanah air sekitar tahun 1990-an.

Elite popular dengan lagu-lagu hits mereka termasuk lagu berjudul GIG dan Tamparan Wanita.

Selepas kumpulan Elite berada di puncak, tiada lagi kumpulan terdiri daripada wanita, menonjol secara konsisten dalam industri hiburan.

Lumrah kehidupan dan dunia glamor, lama kelamaan anggota Elite membawa haluan masing-masing.

Abby lebih banyak fokus kepada dunia lakonan dan drama bersiri bercorak kepolisian, Gerak Khas, menjadi medan utama dalam karier seni.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Abby dalam Elite diisi sementara oleh Hana.

Elite terus meniti dunia hiburan sebelum kumpulan ini seperti terbubar disebabkan oleh peredaran zaman.

Malam tadi, melihatkan Abby, Azza, Sasha, Linda dan Watie berdiri sebaris di atas pentas pelamin, mengimbau zaman kegemilangan Elite.

Kehadiran Azza, Sasha, Linda dan Watie adalah bagi memenuhi Majlis Persandingan Norman Hakim dan Memey Suhaiza Bersama Keluarga Besar.

Abby ketika ditemui pada majlis Persandingan Norman Hakim dan Memey Suhaiza Bersama Keluarga Besar mereka, termasuk Abby dan suami, Jaiezanny dan anak-anak malam tadi berkata, perjalanan kehidupan sudah berubah kini.

“Saya sudah berhijrah dan dalam kehidupan pastinya kita perlu melakukan perkara yang lebih baik,” kata Abby kepada Utusan Online.

Tidak dapat menidakkan kisah silam yang pernah dilalui Abby kerana melayari alam rumahtangga bersama aktor Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, hari ini masing-masing telah menemui pasangan baharu.

READ ALSO  AirAsia tawar tambang promosi akhir tahun serendah RM39

“Hubungan baik antara saya dengan Norman Hakim dan Memey sudah lama terjalin.

“Saya juga sudah berhijrah tetapi itu bukan bermakna saya tinggalkan semua perkara berkaitan duniawi,” katanya.

Kata Abby lagi, hiburan tidak salah asalkan bidang seni itu diselitkan dengan agama Islam.

Abby juga berkata, di zaman silamnya beliau banyak melakukan kesalahan dan selepas bermunasabah diri, beliau memperbetulkan mana-mana kesilapan untuk memperbaiki kehidupan.

“Segala-galanya berubah selepas saya mengerjakan umrah sekitar tahun 2012.

“Saya telah lalui beberapa ujian besar dan setelah tersedar, saya mencari kehidupan yang lebih baik,” jelas Abby.

Berkongsi kesyukuran dan gembira kerana anak sulungnya, Mohd. Danish Hakim, 14, berjaya menghafaz 30 juzuk, Abby akui inilah kehidupan pengakhiran yang diingininya sekeluarga. – UTUSAN ONLINE

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.