[VIDEO] Ucapan Mahadzir Lokman untuk pembaca Utusan Online

PETALING JAYA 29 Sept. – Personaliti terkenal, Datuk Mahadzir Lokman, yang semakin pulih selepas berada dalam keadaan kritikal sejak Ahad lalu merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesejahteraan kesihatannya.


Video oleh SAHARUDIN MUSTHAFA

Menurut Mahadzir, beliau sama sekali tidak menduga, laporan keadaan kesihatannya mendapat liputan meluas media tempatan selain perhatian daripada semua pihak termasuk golongan kenamaan, rakan-rakan artis serta peminat-peminatnya.

Mahadzir, 60, yang kini dirawat di wad biasa selepas lima hari mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, beliau bersyukur kerana Allah memulihkannya daripada penyakit dalam waktu yang cukup singkat.

“Kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan pada Allah kerana memberi kesembuhan. Terima kasih pada kaum keluarga yang berada di sisi saya sepanjang masa ketika saya di ICU. Begitu juga rakan-rakan karib termasuk dari Jakarta, Indonesia yang tidak putus-putus berdoa, bertanya khabar dan datang menziarahi saya di hospital. Sesungguhnya perhatian semua amat saya hargai.

“Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada semua media tempatan khususnya Utusan Online yang telah memberikan laporan yang tepat terutama ketika saya didakwa sudah meninggal dunia, Utusan Online yang pertama sekali memperbetulkan dakwaan tidak benar itu.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira kerana masih disayangi oleh rakan-rakan media,” ujar Mahadzir ketika ditemui di PPUM petang tadi.

Sepanjang hari ini, Mahadzir menerima ramai tetamu terutamanya kenalan dekat beliau termasuk dari Jakarta.

Turut hadir menziarahi pengacara majlis ternama negara itu ialah vokalis Search, Amy.

Beberapa hari lalu, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan palsu kononnya Mahadzir meninggal dunia menyebabkan keluarga bekas penyampai berita itu membuat kenyataan kepada Utusan Online meminta dakwaan tidak benar itu dihentikan.

READ ALSO  Sandro pacu kemenangan Juve | Harian Metro

Mahadzir dikejarkan ke PPUM pada awal pagi Ahad lalu selepas tidak sedarkan diri di rumah. – UTUSAN ONLINE



Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.