[VIDEO] Tujuh kampung di Kota Belud terjejas banjir kilat

KOTA BELUD 28 Sept. – Tujuh buah kampung di daerah ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang berlaku sejak petang ini.

Pemangku Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mohd Izaimi Md. Daud berkata, kampung tersebut ialah Kampung Siasai Tamu, Bobot, Ejuk, Kota Belud, Menunggui, Linau dan Gunding.

“Setakat ini empat mangsa banjir iaitu masing-masing seorang wanita dan kanak-kanak perempuan serta dua kanak-kanak lelaki telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Tun Said,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Katanya, Sungai Tempasuk dan Abai menunjukkan paras bahaya manakala Jalan Kampung Bobot dan Siasai Tamu tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Tambah Mohd. Izaimi, anggpta APM akan melakukan pemantauan secara berkala di lokasi banjir kilat tersebut dari masa ke semasa. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Jalan Tun Razak Utara di AKLEH ditutup berperingkat

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.