[VIDEO] 450 ayam serama berentap siapa paling cantik

KOTA BHARU 30 Sept – Seramai 400 peserta dari seluruh Malaysia mempertaruhkan sebanyak 450 ekor ayam serama dalam Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Peringkat Negeri Kelantan 2017 yang berlangsung di perkarangan pusat beli belah G-Orange di sini hari ini.

Pengerusi Persatuan Serama Kelantan, Wong San Meng berkata, pertandingan anjuran daripada Persatuan Serama Kelantan ini julung kali diadakan dan mendapat kerjasama G-Orange dan Value Mart.

“Antara yang dipertandingkan ialah kategori ayam serama anak A; serama anak B; serama remaja; serama muda; serama A; serama B; serama tanpa lawi dan serama betina,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, kehebatan dan keunikan yang dimiliki oleh ayam serama yang diberi nama ‘Dewata’ membawa tuah kepada pemiliknya apabila dinobatkan sebagai juara antara juara dalam pertandingan itu.

Pemilik ayam, Tan Boon Hin, 36, yang berasal daripada Kota Bharu berkata, keistimewaan Dewata ialah memiliki tubuh badan yang lentik, ekor dan sayap yang menarik serta bulu yang cantik.

“Saya telah melihat kelebihan yang dimiliki dewata dari mula lagi dan ia merupakan ayam serama yang paling disayangi.

“Saya berjaya merangkul dua kategori hari ini iaitu juara muda dan juara antara juara. Saya pernah menerima tawaran daripada seseorang untuk membeli Dewata dengan harga RM7,000 namun saya enggan menjualnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Terowong: Kerajaan P Pinang jangan putar belit | Nasional

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.