Vettel tak sabar buru petak utama di Sepang | Litar

SEPANG: Pelumba utama Ferrari, Sebastian Vettel mengakui mahu melupakan insiden kemalangan pada Grand Prix Singapura dua minggu lepas yang menyaksikan hasrat beliau untuk menghambat kedudukan selaku pendahulu Formula Satu (F1) tidak kesampaian.

Pemandu Jerman berusia 30 tahun itu berkata insiden tersebut adalah sangat mengecewakan tetapi mampu mengetepikannya dari kotak fikirannya yang mengakibatkan beliau ketinggalan 28 mata di belakang pendahulu, Lewis Hamilton daripada Mercedes AMG Petronas.

Ketinggalan tiga mata berbanding Hamilton sebelum perlumbaan di Singapura, Vettel yang memulakan aksi di petak utama terpaksa menarik diri selepas jenteranya mengalami kerosakan teruk selepas terbabit dalam kemalangan di selekoh pertama.

“Saya tidak heboh mengenai jumlah mata…sudah tentu tidak selesa untuk ketinggalan di belakang tetapi kami perlu bergerak ke depan.

“Kami mahu menjadi pendahulu dan perlu mengambil dari insiden itu. Secara keseluruhan ia tidak membawa sebarang perubahan dan kini kami menumpu kepada enam perlumbaan terakhir musim ini,” kata juara dunia empat kali itu serta juara empat kali GP Malaysia.

Sementara itu, rakannya, Kimi Raikkonen, yang turut mengalami nasib sama di Singapura, berkata insiden itu tidak mengganggu persiapan baki enam perlumbaan musim ini memandangkan pasukannya memperoleh banyak rangsangan positif di Singapura.

“Ketika di Singapura, Sebastian menduduki petak utama dan saya di petak keempat…jadi berbanding dengan pasukan Mercedes, kami lebih baik,” kata pemandu Finland yang berada di tangga kelima kejuaraan dunia dengan 138 mata. – BERNAMA

READ ALSO  Coutinho selamatkan Liverpool di Moscow | Bola


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.