Verstappen buru petak hadapan | Harian Metro

Sepang: Pemandu Red Bull Racing Max Verstappen (gambar) tetap positif mampu meraih petak terbaik pada sesi kelayakan sekali gus sebagai hadiah ulang tahun kelahiran terbaik untuknya.

Bakal berusia 20 tahun hari ini, Verstappen tidak kecewa gagal mengatasi kepantasan dua pemandu Ferrari Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen serta rakan sepasukan Daniel Ricciardo yang mengungguli tiga catatan terpantas pada sesi latihan kedua semalam.

Verstappen bagaimanapun mengungguli sesi latihan bebas pertama pada sebelah pagi yang berlangsung dalam keadaan litar basah.

“Ia hari yang cukup positif pada sesi latihan hari ini.

“Kami akan bekerja keras untuk cuba mendapatkan pakej terbaik pada sesi kelayakan esok.

“Saya cukup yakin kami mampu meraih catatan lebih pantas sekali gus menyaingi Ferrari,” katanya.

Anak kepada bekas pemandu F1, Jos Verstappen itu meraih penamat terbaik tahun lalu apabila menaiki podium kedua ketika Red Bull Racing mendominasi saingan dengan Ricciardo muncul pemenang.

READ ALSO  Lagu untuk Johan | Harian Metro


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.