Van TM terbabas langgar tiang elektrik








TERKINI

Van TM terbabas langgar tiang elektrik Van TM terbabas langgar tiang elektrik

26/09/2017 3:52pm

Oleh ZULKIFLI MANZOR


Anggota bomba memberi bantuan menggunakan alat pemotong hidraulik untuk membuka pintu van berkenaan.

JELEBU – Sebuah van milik Telekom Malaysia Berhad (TM) yang dinaiki dua kakitangan syarikat itu terbabas sebelum melanggar sebatang tiang elektrik di Jalan Kuala Klawang – Pertang di sini petang tadi.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Mohd. Zakri Abdul Razak berkata, kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu menyebabkan salah seorang kakitangan TM terbabit terperangkap dalam van berkenaan.

“Penumpang van itu berjaya mengeluarkan diri melalui pintu belakang, manakala pemandunya, Musa Jano, 59, tidak dapat keluar kerana pintunya rosak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Zakri berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 1.42 petang dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian mengambil masa selama 10 minit untuk melepaskan mangsa.

Menurut beliau, seramai lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu yang dikerahkan untuk memberi bantuan menggunakan alat pemotong hidraulik untuk membuka pintu van berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua kakitangan TM terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

“Kami dimaklumkan van jenis Nissan Vanette itu terbabas apabila tiba di jalan berkenaan, tetapi tidak pasti punca sebenar,” katanya. –







READ ALSO  'Perjalanan tidak akan terhenti' | Harian Metro

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.