Valencia daki carta | Harian Metro

MADRID: Valencia melonjak mengatasi Real Madrid di tangga keempat La Liga Sepanyol ketika gol kemenangan Simone Zaza lima minit sebelum tamat membantu mereka menang tipis 3-2 di Real Sociedad, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, malang menimpa pengurus Valencia, Marcelino yang mengalami kekejangan hamstring ketika meraikan gol kemenangan itu.

Tiga kali Valencia mendahului di San Sebastian ketika kedua-dua pasukan turut beraksi 10 pemain pada babak kedua.

Gol tampanan awal Rodrigo disamakan tandukan Aritz Elustondo sebelum rehat.

Nacho Vidal meletakkan Valencia kembali di depan namun Sociedad, yang kini kalah tiga perlawanan dalam tempoh seminggu, bangkit menerusi penyudah menakjubkan Mikel Oyarzabal.

Igor Zubeldia dan Geoffrey Kondogbia kemudian dibuang padang kerana layangan kad kuning kedua untuk mencetus penamat getir.

Perlawanan berkualiti itu akhirnya ditentukan apabila Goncalo Guedes memperagakan aksi memukau mengumpan kepada Zaza untuk meledak gol kelimanya musim ini.

Valencia kekal tanpa kalah dalam enam perlawanan sejak Marcelino mengambil alih selepas dua musim hambar dibelenggu dengan jurulatih silih berganti.

READ ALSO  Garbine fokus Terbuka Wuhan | Harian Metro


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.