[UPDATE] Bayi 13 hari antara terkorban

BAYI lelaki berusia 13 hari antara yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 52 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Paloh, Gua Musang, hari ini.

Bayi berkenaan, Zayyan Nazreel Zainuddin maut di lokasi kejadian bersama bapa, Zainuddin Anuar, 30; ibu, Raizuamira Daud, 31; dan kakaknya yang belum dikenal pasti identiti selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan treler muatan beras, 7.15 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Abdullah Daud berkata, keluarga berasal dari Parit 8 Timur, Selangor dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Katanya, dalam perjalanan itu dipercayai treler muatan beras dari Kuala Krai menuju ke Gua Musang terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Berikutan itu, treler berkenaan bertembung dengan kereta dinaiki empat beranak menyebabkan tiga mangsa tersepit dalam kereta yang remuk.

“Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi identitinya juga belum diperolehi.

“Sepasukan anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

Abdullah berkata, kemalangan berkenaan masih dalam siasatan dan pihaknya menunggu pemandu treler untuk diambil keterangan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Berita berkaitan:

• Empat beranak maut

READ ALSO  British PM fights back after plot to oust her

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.