Universiti Oxford turunkan potret Suu Ky

London: Universiti Oxford semalam menurunkan potret bekas pelajarnya yang juga pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi susulan kritikan terhadap krisis Rohingya.

Potret yang dipamerkan di pintu utama Kolej St Hugh disimpan di dalam stor dan digantikan dengan lukisan baru yang dihadiahkan oleh artis Jepun, Yoshihiro Takada.

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu belajar di kolej berkenaan dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi pada 1967 sebelum menamatkan ijazah sarjana politik pada 1968.

“Kami menerima lukisan baru pada awal bulan ini yang akan dipamerkan di pintu utama bagi satu jangka masa.

“Potret Suu Kyi dialihkan ke satu lokasi selamat,” kata kolej itu dalam satu kenyataan.

Keganasan di Rakhine bermula apabila pejuang Rohingya dituduh menyerang pos kawalan polis pada 25 Ogos lalu.

Operasi tentera selepas itu menyebabkan ramai penduduk Rohingya dibunuh dan hampir setengah juta lagi melarikan diri ke Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan keadaan di Rakhine umpama satu pembersihan etnik.

READ ALSO  Cendol pemilik diploma | Harian Metro


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.