UiTM tubuh makmal sukan | Pendidikan

SHAH ALAM: Penubuhan Makmal Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang akan beroperasi mulai tahun depan mampu melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi dan bertaraf antarabangsa.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata makmal itu berperanan membantu atlet untuk menjalani latihan fizikal dan kecergasan melalui pengukuran serta pemantauan jurulatih pakar.

Katanya, kewujudan makmal itu membolehkan pengurusan universiti mengikuti keseluruhan prestasi atlet, antaranya dari segi akademik, pemakanan, analisis daya tahan, selain memastikan kecergasan mereka pada tahap terbaik.

“Makmal ini dilengkapi teknologi moden kerana kita sedar bidang terbabit dapat membantu menyokong peningkatan sukan, seperti jenis dan ukuran kasut paling sesuai untuk atlet.

“Daripada aspek jurulatih, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM memiliki ramai pakar untuk mengendalikan program latihan. Jika kita memerlukan bantuan pakar luar, kita akan jemput pakar daripada universiti lain sebagai pensyarah sambilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Insentif Atlet Sukan Sea 2017 dan Atlet Sukan Universiti Dunia di Intekma Resort di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said.

Pada majlis itu, seramai 24 atlet UiTM yang cemerlang dan berjaya menyumbang pingat dalam kedua-dua kejohanan diraikan.

Setiap atlet menerima insentif wang tunai bernilai RM1,000 untuk pingat emas, pingat perak (RM750) dan pingat gangsa (RM500).

Mengulas lanjut, Hassan berkata, pencapaian atlet UiTM pada kejohanan antarabangsa itu amat membanggakan kerana dapat melahirkan lebih ramai ‘the thinking athlete’, sekali gus mampu mengangkat mutu sukan negara ke peringkat lebih tinggi dan pada masa sama, cemerlang dalam akademik.

READ ALSO  Argentina semakin hampir gagal ke Piala Dunia

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.