Tuntut mansuh bayaran lesen, bagi rebat cukai pendapatan | Nasional

KUALA LUMPUR: Saluran rasmi tinjauan Bajet 2018, bajet2018.najibrazak.com terus dihujani pelbagai pandangan dan idea berhubung isu yang dekat di hati rakyat.

Antara idea disuarakan orang ramai ialah memohon pembinaan hospital khas untuk kanak-kanak, pemansuhan bayaran lesen memandu dan tuntutan rebat cukai pendapatan.

Selain itu, orang ramai memohon supaya kerajaan meningkatkan bilangan sekolah agama serta fardu ain, meningkatkan elaun kakitangan awam dan elaun khas guru pelatih.

Mereka juga memohon pengiktirafan profesional untuk bidang kemahiran dan teknikal serta penetapan gred perkhidmatan politeknik, kolej komuniti mengikut kelayakan akademik.

Idea lain termasuk menurunkan kadar Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara, menubuhkan program dapur rakyat dan menyediakan pangkalan data bersepadu untuk semua agensi kerajaan.

Semua permintaan dan harapan itu disalurkan untuk pertimbangan kerajaan sejurus Datuk Seri Najib Razak malam tadi, meminta rakyat terus menyuarakan pandangan dan idea mereka untuk dipertimbangkan dalam pembentangan Bajet 2018.

Perdana Menteri berkata, pandangan terbabit boleh dikongsikan orang ramai menerusi laman sesawang rasmi, bajet2018.najibrazak.com.

“Apakah isu yang paling dekat di hati anda? Beritahu saya melalui tinjauan #Bajet2018 bermula hari ini hingga 6 Oktober menerusi laman rasmi, tinjauan bajet 2018,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter, sebentar tadi.

Bajet 2018 dijangka dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada 27 Oktober depan.

ends

READ ALSO  Kerajaan belanja RM178.9b untuk kesihatan - PM | Nasional

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.