Tujuh lori muatan kotak, dua treler musnah dalam kebakaran








TERKINI

Tujuh lori muatan kotak, dua treler musnah dalam kebakaran Tujuh lori muatan kotak, dua treler musnah dalam kebakaran

25/09/2017 9:14am

Oleh SUHANA MD. YUSOP


Sebanyak tujuh buah lori dan dua treler musnah dalam satu kebakaran di sebuah kilang di Jalan Bukit Kemuning di sini tengah malam tadi.

SHAH ALAM – Sebanyak tujuh buah lori dan dua treler musnah dalam satu kebakaran di sebuah kilang di Jalan Bukit Kemuning di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.54 malam, tujuh buah lori 10 tan dan dua buah treler itu diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di luar pagar kilang kotak tersebut.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 12.54 tengah malam.

“Setibanya pasukan bomba di kawasan kejadian mendapati api sedang marak membakar tujuh buah lori penuh berisi kotak dan dua buah treler yang diletakkan di kawasan terbuka di luar pagar kilang tersebut.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 5 pagi,” katanya.

Alimaddia berkata, kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Tambahnya, setakat ini pihaknya masih mengenalpasti punca kebakaran termasuklah nilai kerugian.

“Operasi pemadaman kebakaran dibantu anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Kota Raja dan Kota Anggerik. –







READ ALSO  108 penduduk terjejas banjir di Teluk Kumbar

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.