Tragedi tahfiz: Pengamal media mula berkumpul

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Pengamal media mula membanjiri pekarangan kompleks mahkamah di sini hari ini bagi mengikuti prosiding pertuduhan membabitkan enam remaja lelaki berhubung tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, dua minggu lalu.

Lebih 50 pengamal media mula berkumpul di pekarangan kawasan ini sejak pukul 7.30 pagi.

Sehingga kini, pengamal media masih menanti maklumat berhubung prosiding tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi, 14 September lalu, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian tersebut dan tujuh suspek lelaki berusia antara 11 dan 18 tahun telah ditahan di sekitar lokasi. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Lori tangki diesel terbalik | Kes


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.