Tragedi tahfiz: Enam didakwa masukkan dadah dalam badan

KUALA LUMPUR 28 Sept.- Lima remaja lelaki bawah umur termasuk dua orang yang didakwa membunuh dalam kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dua minggu lalu.

Tiga daripada mereka masing-masing berusia 12, 16 dan 17 mengaku tidak bersalah manakala dua lagi yang berusia 16 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Zilfinaz Abbas.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Pejabat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, kira-kira pukul 11.35 pagi, 16 September lalu.

Sementara itu di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar, seorang lagi remaja, Mohamad Shahrul Nizam Ikmal Shafi-In, 18, mengaku bersalah atas dua pertuduhan memasukkan dadah jenis  Carbolic Acid dan syabu di dalam badan di tempat dan tarikh sama.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes bagi laporan ujian air kencing dan laporan akhlak. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Nizen disihir, jumpa gigi dan paku karat di dalam kepala


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.