Tragedi tahfiz: Dua remaja 16 tahun didakwa bunuh 23 orang di pusat tahfiz








TERKINI

Tragedi tahfiz: Dua remaja 16 tahun didakwa bunuh 23 orang di pusat tahfizTragedi tahfiz: Dua remaja 16 tahun didakwa bunuh 23 orang di pusat tahfiz

28/09/2017 2:35pm

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN


Salah seorang suspek ketika dibawa ke pusat tahfiz bagi melengkapkan siasatan. Gambar fail.

KUALA LUMPUR – Dua remaja berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan membunuh 23 orang di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa bagi mencapai niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seramai 23 orang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara pukul 4.15 hingga 6.45 pagi di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung Kampung Datuk Keramat di sini.

Berikutan itu pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu tiga Timbalan Pendakwa Raya iaitu Othman Abdullah, Nur Akmal Farhan Aziz dan Mohd. Nordin Ismail tidak menawarkan jaminan.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 November depan untuk sebutan semula kes. –







READ ALSO  Kebakaran sekolah tahfiz disiasat sebagai kematian mengejut, kata KPN


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.