Tragedi kekal dalam memori | Harian Metro

Kuala Lumpur: “Biar kisah itu kekal dalam lipatan memori saya dan tidak perlu diceritakan,” luah Muhammad Syamin Che Azmi, 18.

Dia yang menuntut di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, di sini, sejak tiga tahun lalu terselamat dalam tragedi itu walaupun melecur di tangan dan telinga kanan akibat terkena wap panas.

Ketika dihampiri wartawan, Syamin pada mulanya enggan untuk ditemuramah tetapi apabila diyakinkan bapa saudaranya untuk bekerjasama, akhirnya dia sudi menjawab beberapa soalan.

Syamin berkata, dia masih belum bersedia untuk berkongsi kisah sebenar kejadian awal pagi itu kepada sesiapa dan berpendapat biar ia kekal dalam ingatan tanpa perlu diceritakan.

Menurutnya, tragedi itu terlalu pahit untuk dikenang dan membuatkannya sayu kerana masih terbayang wajah rakan-rakan yang terkorban kerana semua pelajar di pusat tahfiz itu akrab seperti adik-beradik.

“Selepas ini saya akan berpindah ke pusat tahfiz lain kerana rasanya tidak mampu untuk meneruskan pengajian di Darul Quran Ittifaqiyah.

“Saya belum membuat keputusan, tetapi yang pasti akan terus belajar dalam aliran agama di mana-mana pusat tahfiz di negara ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

READ ALSO  Kes penipuan umrah dan haji catat kerugian RM11.1 juta sejak lima tahun lalu


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.