Totti sanjung sokongan peminat | Bola

ROME: Legenda Itali dan AS Roma, Francesco Totti berterima kasih atas sokongan yang diberikan peminat sepanjang kerjayanya sebagai pemain ketika meraikan hari lahir ke-41, semalam selepas empat bulan menggantung but.

Totti bersara selepas 24 tahun bersama Roma pada penghujung musim lalu dan mengubah jersinya kepada sut pengarah selain memulakan pengajian peringkat diploma dalam bidang kejurulatihan.

“Sudah setahun sejak saya memutuskan untuk membuka akaun media sosial saya,” tulis Totti dalam laman Facebook miliknya.

“Saya mahu berada hampir dengan peminat-peminat saya, merasai kasih sayang kamu, membuatkan kata-kata saya didengar dan memberitahu kami perkara mengenai diri saya.

“Ia berjalan dengan lebih baik daripada apa yang saya sangkakan. Kamu memenuhkan diri saya dengan mesej-mesej dan menyampaikan emosi kepada saya.

“Saya dapat merasakan rasa sayang kamu dan kamu semua membantu saya untuk menghadapi tempoh baharu dalam kehidupan saya.”

Roma membuat kunjungan ke Azerbaijan menentang kelab Qarabag, awal pagi ini dalam kempen Liga Juara-Juara selepas aksi pembukaan berakhir keputusan seri tanpa jaringan dengan Atleticio Madrid.

Begitupun, berita mengenai hari lahir Totti lebih menjadi tumpuan akhbar-akhbar sukan di bandaraya berkenaan.

“Terima kasih semua untuk ucapan hari lahir dan memberikan saya begitu banyak kegembiraan dan emosi,” kata pemain tengah menyerang itu.

Totti memenangi gelaran Serie A dengan Roma pada 2001 dan memenangi beberapa Piala Itali dan Piala Super namun tidak pernah meraih kejayaan di peringkat Eropah. – AFP

READ ALSO  LHDN nafi ada kaitan dengan bekas pekerjanya | Nasional

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.