‘Tolong mak cik kemas rumah’ [METROTV]

Kuala Lumpur: Ubatkan saya, dan bantu kemas rumah. Itu rayuan seorang wanita warga emas, Zaidah Mansor, 67, yang hidup dalam longgokan sampah di rumah sendiri, kali terakhir dikemas tujuh tahun lalu.

Pesara kerajaan itu tinggal sebatang kara di rumahnya di Ampang, dekat sini, selepas berpisah dengan suami 17 tahun lalu dan dalam tempoh itu juga dia menderita bengkak kaki yang memerlukan rawatan.

Melihatkan keadaan ruang tamu rumahnya yang penuh dengan timbunan sampah, tiada siapa menyangka ada orang tinggal di situ, malah hanya ada laluan ‘cukup-cukup badan’ saja membolehkan dia bergerak setiap hari.

Zaidah berkata, dia bukannya tidak mahu mengemas rumah, tetapi faktor kesihatan menyebabkan pergerakannya terbatas sehinggakan dia sendiri akhirnya terpaksa tinggal di atas timbunan plastik, kertas dan perkakas rumah.

“Sejak tinggal sendiri, saya sering sakit dan ada masanya langsung tidak boleh bergerak.

“Lama kelamaan, rumah saya jadi seperti kawasan pelupusan sampah dan saya sudah tidak mampu untuk membuangnya. Saya pula sakit, jadi saya biarkanlah,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

READ ALSO  Semangat Al-Quran yang menjadi korban musim haji


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.