TLDM tubuh Lembaga Siasatan, teliti SOP latihan | Kes

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) susulan dua anggotanya meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal, semalam.

TLDM dalam satu kenyataan hari ini berkata, punca sebenar kematian itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencari punca sebenar kejadian.

“Lembaga Siasatan ini akan meneliti SOP sedia ada dan sekiranya terdapat pelanggaran terhadap SOP tersebut, TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi individu yang melanggari prosedur semasa melaksanakan tugas,” kata kenyataan itu.

Semalam, dua anggota TLDM LK I PNK Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK I TLS Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan.

Kenyataan itu berkata, ketika menjalani latihan tersebut, anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas.

“Mereka telah diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan dan panggilan kecemasan telah dibuat. Kedua-dua anggota telah disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

“Hasil pemeriksaan awal doktor bertugas terhadap kedua-dua anggota itu tidak menunjukkan sebarang kesan pukulan atau penderaan fizikal pada anggota badan mangsa,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

READ ALSO  Mangsa terselamat ditempatkan di lokasi rahsia | Kes


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.