TKC چاتت ريكود هاصيلكن جالور ڬميلڠ ڬونا 180,000 چڤ إيبو جاري

اوليه ايزول احمد

13 September 2017 9:32 PM

سرمبن 13 سيڤتيمبر – كوليج تونكو كرشيه (TKC) برجاي ملاكر سجاره دالم Malaysia Book of Record (MBOR) دڠن كڠهاصيلكن جالور ڬميلڠ مڠڬوناكن 180,000 چڤ أيبو جاري ڤد كا؞ين رنتڠ يڠ براوكورن 35.4 ميتر ڤنجڠ 31.1 ميتر ليبر.

اكتيۏيتي ايت يڠ مليبتكن 840 ڤلاجر، ڬورو، كاكيتاڠن، إيبو باڤ دان الومني سكوله ايت سياڤ دالم تيمڤوه سميڠڬو سجق دمولاكن ڤد 4 سيڤتيمبر لالو.

منوروت ڤڠتوا TKC، انيسمه محمد نور، كوس كسلوروهن اونتوق مڠهاصيلكن جالور ڬميلڠ ايت برجومله RM9,500.

كاتاڽ، كا؞ين رنتڠ كمرديكا؞ن مڠڬوناكن چڤ إيبو جاري يڠ تربسر دماليسيا ايت اكن دلتقكن دكومڤليک س ڤنديديقن نيلاي، باندر ايستيک، دكت سيني.

ريكود ايت تله دصحكن اوليه واكيل MBOR، لي ڤوي ليڠ.

 

READ ALSO  KMJ 2017: 500 pokok nadir ditanam hari terakhir | Nasional


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.