Tinggal senjata api dalam raga motosikal

POLIS merampas selaras senapang buatan sendiri yang ditinggalkan dalam raga sebuah motosikal di Kampung Ranggon Estate di Kerteh, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, senjata api berukuran kira-kira 40 sentimeter itu ditemui orang awam pada 1.45 pagi.

“Kita turut menemui satu kelongsong peluru dalam raga motosikal berkenaan,” katanya

Menurutnya, senapang berkenaan dipercayai digunakan oleh pencuri lembu dan kemungkinan ia ditinggalkan dalam raga motosikal selepas kehadirannya disedari penduduk.

Katanya, polis turut merampas motosikal jenis Honda EX5 hitam untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 termasuk mengenal pasti pemilik senjata api serta motosikal itu,” katanya.

READ ALSO  Lelaki alami kemurungan ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat tiga

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.