Tiga tuduhan rasuah | Harian Metro

Islamabad: Bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif dihadapkan ke mahkamah antirasuah semalam seterusnya membuka prosiding yang didakwanya berat sebelah yang mampu menggagalkan peluang partinya pada pilihan raya tahun depan.

Nawaz dihadapkan ke Biro Akauntabiliti Kebangsaan (NAB) di Islamabad atas tiga tuduhan rasuah, namun tiada pengakuan direkodkan.

Rangkaian televisyen tempatan melaporkan, Nawaz akan didakwa secara rasmi pada 2 Oktober depan, kira-kira dua bulan selepas diisytiharkan hilang kelayakan oleh Mahkamah Agung kerana gagal mengisytiharkan satu sumber kewangan.

Mahkamah turut menuduh kekayaan keluarga Nawaz jauh melebihi pendapatan sah mereka.

Ahli Parlimen dari parti Nawaz, Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), Marvi Memom berkata: “Kehadirannya hari ini di mahkamah membuktikan dia memang ‘singa.’

Nawaz, yang tiba di Pakistan semalam selepas menghabiskan sebulan di London memberitahu mahkamah isterinya menghidap kanser di sana dan memerlukan penjagaan rapinya.

Dia sebelum ini menyelar tuduhan rasuah terhadapnya sebagai bermotifkan politik, manakala penyokongnya termasuk anak perempuannya Maryam – yang dianggap pewarisnya – membayangkan kejatuhannya didalangi tentera.

Pembangkang, Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) diketuai bekas pemain kriket Imran Khan yang mendesak prosiding mahkamah terhadap Nawaz turut menggesa pilihan raya awal diadakan, namun tidak mungkin akan dipersetujui kerajaan.

Dua anak Nawaz dan bekas Menteri Kewangan Ishaq Dar juga bakal dihadapkan ke mahkamah NAB dalam masa terdekat.

READ ALSO  Dayang terus unggul | Harian Metro


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.