Tiga sekolah di Perlis, Kedah tutup

TIGA sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera di Perlis, SK Seri Banai serta SK Bukit Hijau ditutup esok akibat banjir.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan sementara sekolah terbabit dibuat oleh Jabatan Pendidikan negeri masing-masing.

Menurutnya, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Izmi Ismail memaklumkan keadaan fizikal dan persekitaran sekolah masih tidak selamat untuk digunakan.

Penutupan itu melalui cuti berganti khas itu hanya membabitkan 787 murid manakala guru serta kakitangan sekolah akan bertugas seperti biasa.

“Di Kedah, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Datuk Azuyah Hassan mengarahkan SK Seri Banai ditutup kerana kawasan sekolah ditenggelami air dan bekalan elektrik terputus.

“Bagi SK Bukit Hijau pula, ia ditutup kerana laluan ke sekolah terputus yang membahayakan 198 murid.

“Sekolah itu juga dijadikan penempatan sementara mangsa penduduk sekitar yang terjejas akibat banjir,” katanya.

READ ALSO  Syeikh Hasbullah Tokoh Maal Hijrah Kedah

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.