‘Tiga mata lagi penting’ | Harian Metro

PENGENDALI Perak, Mehmet Durakovic berpuas hati dengan persembahan anak buahnya walaupun sekadar menang tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang dalam aksi Liga Super malam tadi.

Menurut Durakovic, mengutip tiga mata penuh lebih penting daripada menjaringkan banyak gol kerana ia mampu meningkatkan keyakinan pemain untuk menghadapi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim pada 14 Oktober depan.

“Bagi saya, satu, dua, tiga atau empat gol sekalipun tak bermakna kalau kami tak berjaya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan malam ini.

“Pemain Pulau Pinang juga mempamerkan tentangan sengit dan tidak memberi peluang mudah kepada kami untuk meraih kemenangan,” katanya.

Perak yang beraksi di hadapan kira-kira 5,000 penyokong berjaya menang hasil gol tunggal Nizad Ayub.

Durakovic turut memuji kesungguhan sebahagian besar pemain simpanan yang diturunkan dalam perlawanan itu kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik walaupun jarang beraksi.

DURAKOVIC (kiri) bersama Abdul Hadi Yahaya selepas perlawanan. – Foto ABDULLAH YUSOF

Sementara itu jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan berkata, pemainnya perlu memperbaiki mutu persembahan jika berhajat melakar kemenangan dalam perlawanan terakhir Liga Super menentang Selangor pada 28 Oktober depan.

Katanya walaupun kemenangan yang dihajati itu tidak akan mengubah kedudukan Pulau Pinang di tangga tercorot liga, namun ia sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati peminat.

READ ALSO  Tiga beranak maut selepas kereta dipandu dirempuh lori pasir terbabas

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.