Tiga lelaki Rohingya ditahan seludup 800,000 pil Meth ke Bangladesh

COX’S BAZAR 27 Sept. – Polis Bangladesh menahan tiga lelaki Rohingya dan seorang lelaki tempatan yang cuba menyeludup 800,000 biji pil Methamphetamine dari Myanmar ke negara ini .

Anggota Batalion Tindakan Rapid Elit Bangladesh (RAB) menahan keempat-empat lelaki itu yang menaiki sebuah bot nelayan di muara sungai Naf berhampiran sempadan kedua-dua negara.

“Kami menahan empat lelaki yang cuba menyeludup pil Yaba. Tiga daripadanya adalah etnik Rohingya dari Myanmar manakala seorang lelaki tempatan,’’ kata Komander RAB, Mejar Ruhul Amin.

Menurut beliau, dua daripada suspek Rohingya itu baharu tiba ke wilayah ini dan seorang lagi merupakan pelarian yang telah lama berada di kem Cox’s Bazar.

Yaba yang merupakan perkataan Thailand bermaksud `ubat gila’ yang mengandungi campuran Methamphetamine dan kafein serta amat popular dalam kalangan golongan muda di Bangladesh. – AFP

habis.

READ ALSO  Empat lelaki ditahan polis bantu siasatan kes bunuh


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.