Tiga beranak maut selepas kereta dipandu dirempuh lori pasir terbabas








TERKINI

Tiga beranak maut selepas kereta dipandu dirempuh lori pasir terbabasTiga beranak maut selepas kereta dipandu dirempuh lori pasir terbabas

25/09/2017 10:24pm

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK


Tiga beranak maut (gambar kecil) dalam kemalangan di Kampung Sungai Soi, Kuantan petang tadi.

KUANTAN – Tiga maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta jenis Proton Iswara dengan lori pasir di Simpang Permatang Limau, Sungai Soi di sini pukul 4.50 petang tadi.

Dalam kejadian itu, Tuan Mohd. Zulhaizee Tuan Temeran, 38, serta ibunya, Kelsom Hamat, 66, dan bapa tiri, Awang Arifin, 76, maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, kejadian berlaku selepas lori pasir tersebut terbabas dan melanggar kereta dinaiki ketiga-tiga mangsa.

Menurut beliau, Tuan Mohd. Zulhaizee yang memandu kereta tersebut dan Kelsom disahkan mati di tempat kejadian, manakala Awang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini pukul 8 malam tadi. –







READ ALSO  Meletup masa nak pindah petrol


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.