Tidak puas hati lauk ikan sardin kepada mangsa banjir








TERKINI

Tidak puas hati lauk ikan sardin kepada mangsa banjirTidak puas hati lauk ikan sardin kepada mangsa banjir

25/09/2017 8:28pm


Gambar nasi yang diviralkan oleh seorang mangsa banjir.

KANGAR – Tindakan seorang wanita memuat naik entri dalam laman sosial Facebook kerana tidak berpuas hati dengan menu makan tengah hari nasi lauk ikan sardin dan tauge di sebuah pusat pemindahan di sini mendapat komen negatif nitizen.

Difahamkan wanita itu merupakan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bintong di sini memuat naik perihal menu makanan itu semalam sehingga menjadi tular dalam laman sosial.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Mohammad Hazam Ismail berkata, menu berkenaan merupakan hidangan tambahan kerana menu asal iaitu gulai ‘ikan ketul’ tidak mencukupi.

“JKM Perlis menyediakan 2,500 pek makanan untuk mangsa banjir namun semasa kejadian makanan tidak mencukupi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ikan ketul ialah ikan merah, jenahak atau tenggiri sementara ikan sardin dalam tin dijual RM2.50 hingga RM9 bergantung pada saiz, jenama dan jenis ikan. –







READ ALSO  Suri rumah curi lampin pakai buang dikenakan bon berkelakuan baik

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.