Tiada proksi dalam KAFA: Annuar Musa | Bola

KOTA BHARU: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sekali lagi tampil menepis dakwaan kononnya peneraju baharu KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan, adalah proksinya bagi mengawal badan induk bola sepak itu.

Menerusi entri terbaru di Facebooknya hari ini, Annuar berkata, tiada sebab baginya untuk memiliki proksi pada sebuah organisasi yang membawa beban.

“Ada pula yang cuba menuduh beliau (Bibi Ramjani) adalah proksi saya…Untuk apa kita pasang proksi dalam satu organisasi yang membawa beban sangat berat dan semua orang mahu cuci tangan dan lari jauh daripada memikulnya?,” katanya.

Beliau yang pernah dilantik sebagai Penasihat KAFA itu mengakui ada memberi galakan dan pandangan kepada Bibi Ramjani dan Datuk Mohamad Nasir Hamzah sebelum Kongres pemilihan presiden berlangsung pada 17 September lalu.

“Kedua-dua calon presiden menghubungi saya…kepada kedua-duanya saya beri galakan dan saya terangkan apa beban yang bakal digalas.

“Saya ada syor supaya semua bergabung kerana ia amat berat tapi itu tidak terjadi,” katanya.

Dalam entri sama, Annuar yang diberi jolokan Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan itu turut mendedahkan kesukaran mengurus tadbir sesebuah organisasi jika wujud ‘tangan halus’ yang memberi pelbagai masalah kepada persatuan.

“Selain daripada kesukaran mencari wang, terdapat masalah lain ialah tangan halus yang suka menfitnah, bermain politik dan menunjuk pandai tanpa cuba mengkaji dengan mendalam.

“Sikap berpuak dan politik benci adalah cukup kuat…mereka cuba mensabotaj berbagai cara. Ada dengan sengaja melanggar peraturan dan biarkan KAFA membayar denda, ada yang menulis bagi menimbulkan syak wasangka, ada yang membuat kumpulan yang tidak ada kena mengena dengan KAFA.

“Tak kurang yang menanti saat untuk menghina dan mencerca pihak sukarela bekerja tetapi memuja pihak yang lari dan tidak memikul tanggungjawabnya,” katanya.

READ ALSO  Rooney akui bersalah memandu dalam keadaan mabuk | Bola

Bagaimanapun, Annuar dalam entri terbabit berharap, KAFA yang dipimpin Bibi Ramjani mampu membawa perubahan serta kemajuan kepada bola sepak Kelantan.

“Kita beri pengurusan baharu sepenuh sokongan dan kebebasan…mana tahu wanita Kelantan yang berhati waja serta usahawan yang berjaya boleh membawa sinar dan maju jaya bola kita,” katanya.



Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.