Tiada orang boleh ganti Giring

Apabila penyanyi band popular Indonesia, Nidji iaitu Giring Ganesha mengumumkan meninggalkan band itu dan aktif sebagai ahli politik, ramai yang tertanya-tanya apa nasib anggota band itu?

Adakah Nidji yang popular dengan lagu Hapus Aku dan Laskar Pelangi itu akan dibubarkan?

Pengurusnya, Gio Wibowo berkata, Nidji yang turut dianggotai Andro (bass), Run-D (keyboard, synth), Rama (gitar), Ariel (gitar) dan Adri (dram) tidak akan dibubarkan tetapi cuma ‘direhatkan’.

“Semua anggota Nidji berasakan tidak ada pengganti yang layak mengambil tempat Giring. Tak mungkin orang lain akan menjadi penyanyi Nidji.

“Jika sekarang dia (Giring) sibuk, silakan. Kami akan berhenti dulu,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Gio, semua anggota Nidji yang lain tidak akan duduk diam, sebaliknya mereka kini tampil dengan ‘band projek’ yang dinamakan Nidji Electronic Version Plus (NEV+).

TANPA Giring, Nidji kini bergelar NEV+.

Menurut Gio, NEV+ tidak memiliki penyanyi tetap, sebaliknya akan menggunakan mana-mana penyanyi yang sesuai dalam setiap persembahan mereka.

Antara yang pernah membuat persembahan mereka ialah bekas penyanyi Samsons, Bams dan penyanyi Noah, Ariel.

“Ia adalah kerjasama daripada penyanyi band lain, trio atau duo yang popular. Kami mahukan penyanyi yang sehebat Giring untuk NEV+.

Setakat ini, NEV+ membawakan lagu Nidji yang diremix. Selain itu mereka juga akan membawakan lagu penyanyi yang bersama mereka dalam versi remix.

Menurut Gio, NEV+ ditubuhkan sejak tiga tahun lalu dengan nama NEV ketika Giring masih bersama Nidji.

“Ia bukan Plan B jika Giring tiada, tetapi band ini memang sudah ada. Jadi, apabila Giring sudah tiada, ia menjadi NEV+. Konsep muzik NEV+ juga berbeza dengan lagu Nidji,” katanya.

Gio berkata, ketika ditubuhkan, NEV+ cuba menghasilkan revolusi muzik dengan menjadikan muzik Nidji dalam versi elektronik.

READ ALSO  Tiga lelaki Rohingya ditahan seludup 800,000 pil Meth ke Bangladesh

“Ketika itu ia hanya tampil untuk persembahan tertentu saja. Kini, NEV+ tetap akan membawakan lagu Nidji dan lagu milik penyanyi yang dijemput menjadi penyanyi mereka,” katanya.

Sementara itu, Giring yang aktif sebagai ahli politik dikatakan bakal dicalonkan sebagai anggota DPR RI dari Partai Solidaritas Indonesia (PSI).



Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.