Tiada kesan harimau di Bukit Pelindung – PERHILITAN | Wilayah

KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang memaklumkan pihaknya tidak menerima aduan mengenai kehadiran harimau di kawasan rekreasi Bukit Pelindung, dekat sini, seperti disebarkan di media sosial.

Pengarahnya, Ahmad Azhar Mohamed, berkata setakat ini pihaknya juga tidak mengesan sebarang tanda atau kesan kehadiran haiwan buas itu di kawasan berkenaan selepas melakukan pemeriksaan.

“Ada kemungkinan ia bukan harimau, mungkin kucing hutan atau kucing batu memandangkan corak pada badannya hampir sama.

“Kita sudah buat pemeriksaan selepas perkara itu tersebar di media sosial…buat masa ini, tidak ada kesan tapak harimau ditemui di kawasan berkenaan.

“PERHILITAN juga akan menghantar pegawai kami ke Bukit Pelindung bagi melakukan pemantauan lebih teliti dari semasa ke semasa untuk memastikan keselamatan orang ramai yang berkunjung ke situ,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Penampakan kelibat seperti harimau di kawasan rekreasi itu disebarkan di laman Facebook (FB) sejak semalam dan ada yang mendakwa haiwan pemangsa berkenaan dilihat di kawasan laluan berbasikal menghala ke Teluk Cempedak.

Ahmad Azhar berkata, kawasan itu sudah dipantau pihaknya sejak awal tahun ini selepas aduan kemunculan beruang matahari berkeliaran di kawasan hotel berhampiran.

Katanya, PERHILITAN meminta orang ramai menghubungi pihaknya segera jika ternampak haiwan liar yang berbahaya supaya tindakan awal dapat diambil bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

READ ALSO  Tak lupa penduduk Kemboja | Harian Metro


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.