Terapung enam jam | Harian Metro

Tumpat: Terapung selama enam jam di tengah laut tanpa sebarang alat bantuan boleh dianggap suatu yang mustahil bagi orang kebiasaan, namun tidak buat Muhammad Nur Aeizat Ismail, 20, yang juga anak nelayan dari Kampung Pak Jah, di sini.

Anak sulung daripada enam beradik itu hanyut di laut bermula jam 2.30 pagi kelmarin (Ahad), selepas terjatuh ketika berehat akibat sakit kepala dan demam di belakang bot nelayan.

Dia hanya diselamatkan pada jam 8 pagi hari sama (Ahad) oleh nelayan yang melalui tempatnya jatuh pada jarak 14 batu nautika dari perairan Tok Bali, Pasir Puteh.

Muhammad Nur Aeizat sebelum itu mengikut bapa saudaranya, Azrol Nizam Samad, 29, yang juga tekong bot bersama tiga lagi saudara dan rakan mereka ke laut untuk menangkap ikan.

Mereka berlepas pada jam 12 tengah malam (Ahad) dari jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting di sini.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku, dia tidak menyedari dirinya terjatuh ke dalam laut kerana melayan sakit kepala dan berehat selepas diurut Azrol Nizam.

“Saya hanya sedar berada di dalam laut apabila sukar bernafas dan berasa diri seperti lemas. Saya kuatkan semangat dan cuba mengapungkan diri serta berusaha berenang untuk mencari daratan kerana masih mampu melihat cahaya daripada rumah api.

“Saya juga nampak bot bapa saudara iaitu 100 meter dari tempat saya jatuh, tetapi tidak mampu berenang ke arahnya kerana menentang arus. Di tambah pula ombak kuat.

“Tiga kali juga saya tenggelam dan hampir lemas. Hanya semangat dan yakin akan ada nelayan lain nampak saya dan beri bantuan menyebabkan saya terus apungkan diri. Disebabkan keletihan, saya hanya biarkan arus membawa badan saya. Saya tahu ketika awal pagi ada nelayan keluar ke laut dan hanya menunggu mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

READ ALSO  Dipuji selamat anjing sangkut tin

Berkat kesabarannya, Muhammad Nur Aeizat berkata, dia diselamatkan pada jam 8 pagi oleh dua nelayan yang keluar memukat ikan sebelum diserahkan kepada ayahnya, Ismail Samad, 45, yang turun ke laut mencarinya.

Sementara itu, sepupunya, Mohd Zulalif Zahari, 22, berkata, dia menyedari Muhammad Nur Aeizat tiada di dalam bot pada jam 2.30 pagi ketika mahu mencari bantal di belakang bot untuk tidur.

“Kemudian saya maklumkan kepada tekong sebelum kami berhenti dan berusaha mencari Nur Aeizat di sekitar bot tetapi tidak bertemu. Kami tidak pergi jauh dan hanya berlegar di kawasan sekitar kerana tahu dia berada berdekatan itu,” katanya.

Ismail berkata, sebaik dimaklumkan adiknya Azrol Nizam mengenai kehilangan anaknya, dia ke laut pada jam 7 pagi untuk gerakan mencari.

“Saya terserempak dengan nelayan yang menyelamatkan anak saya dan kemudian membawanya ke jeti Kuala Besar, kerana ambulans menunggu di sana.

“Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk mendapatkan rawatan. Saya bersyukur dia selamat dan rasanya selepas ini biar dia melakukan kerja daratan dan tidak ke laut. Saya bimbang keselamatannya,” katanya.



Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.