Tenang, usah ‘makan’ pujian: Mourinho

MOSCOW: Jose Mourinho mengingatkan Romelu Lukaku supaya melupakan sebarang pujian berikutan permulaan cemerlangnya di Manchester United apabila dua gol penyerang Belgium itu membantu kemenangan 4-1 ke atas CSKA Moscow.

Lukaku, 24, menyumbat dua gol di Arena VEB awal pagi tadi sekali gus mengumpul 10 gol dalam sembilan aksi pertamanya di United dan membantu anak buah Mourinho tiga mata di depan dalam Kumpulan A Liga Juara-Juara.

Hingga kini Lukaku dilihat tidak terjejas dengan bebanan berikutan tanda harga £75 juta (RM424 juta) namun Mourinho berkata, bekas penyerang Everton itu dijangka menerima lebih banyak pujian selepas ini.

LUKAKU (tengah) cuba melepasi kekangan dua pemain CSKA. – Foto REUTERS

“Angka menakjubkan buat Romelu. Dia merendah diri, dia mahu belajar sepanjang masa, dia mahu meningkat sepanjang masa,” kata pengurus United itu.

“Saya fikir dia ada impian dan saya tidak fikir dia akan teruja dengan perkataan hebat anda kerana dia tahu apabila keputusan tidak menyebelahinya, anda akan mengkritiknya dengan hebat.

“Saya yakin dia boleh terus menyerlah bersama kami.”

Kemenangan itu disahkan dalam tempoh 27 minit buat United yang mendahului 3-0.

Digandingkan bersama dalam formasi 3-4-1-2, Lukaku dan Anthony Martial pantas mempamerkan keserasian apabila pemain Perancis itu melakukan hantaran silang yang ditanduk masuk Lukaku bagi gol pembukaan United pada minit keempat.

Selepas menyempurnakan penalti pada minit ke-19, Martial mengumpan untuk gol ketiga Lukaku (m-27) dan Henrikh Mkhitaryan menambah gol keempat (m-57) sebelum Konstantin Kuchaev meraih gol sagu hati tuan rumah (m-90).

Rungutan Mourinho hanyalah United kini berdepan aksi Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace di laman lawan petang Sabtu ini.

READ ALSO  Rakyat Malaysia ke Bali diminta maklumkan kedutaan

“Pasukan ini mantap, pasukan ini bermain dengan bagus,” ujar Mourinho, pasukannya terikat mata dengan pendahulu liga Manchester City.



Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.