Telinga Ashraf kena bedah | Harian Metro

PELAKON Ashraf Muslim terpaksa menjalani pembedahan kecil pada bahagian telinga kirinya bagi membuang lebihan cecair, kelmarin.

Ashraf berkata, dia mengalami masalah itu sejak sebulan lalu tetapi keadaannya tidaklah terlalu serius.

“Ia tidak boleh dibiarkan lebih lama kerana bimbang ia memberi kesan kepada bahagian lain dalam telinga. Jadi saya perlu menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan lebihan cecair itu,” katanya.

Menurut Ashraf, dia tidak mengetahui punca sebenar dia mengalami penyakit itu tetapi ia berkemungkinan disebabkan jangkitan kuman.

“Doktor memaklumkan telinga saya mengalami jangkitan kuman. Ia juga mungkin kerana tekanan atau pun posisi tidur yang menutup telinga terlalu lama,” katanya.

Ashraf ditemui pada sidang media teater Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka di Istana Budaya, Kuala Lumpur, hari ini hadir ke majlis itu dengan memakai penutup kepala sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada tetamu.

READ ALSO  Tingkatkan usaha ke arah sifar kes buli di sekolah


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.