Tawaran istimewa Moto G5 Plus hanya di Lazada








TERKINI

Tawaran istimewa Moto G5 Plus hanya di LazadaTawaran istimewa Moto G5 Plus hanya di Lazada

25/09/2017 6:30pm

Setiap pembelian Moto G5 Plus akan diberikan hadiah percuma bernilai RM676.

KUALA LUMPUR – Jenama telefon pintar terkemuka, Motorola menawarkan pakej istimewa bagi peranti paling laris dan berbaloi untuk dimiliki keluarannya, Moto G5 Plus bermula hari ini hingga 2 Oktober depan.

Peranti yang boleh didapati dalam warna emas Fine Gold dan kelabu Lunar Gray itu ditawarkan pada harga istimewa RM1,099 dengan beberapa hadiah percuma bernilai RM676.

Hadiah percuma yang akan diberikan bersama pembelian peranti tersebut adalah terdiri daripada penutup flip, fonkepala, jaminan lanjutan, dan perlindungan kerosakan akibat kemalangan.

Tawaran menarik tersebut hanya boleh didapati di kedai online rasmi Motorola Malaysia di laman Lazada.com.my.

Pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran tersebut boleh melayari laman web Motorola Malaysia di www.moto.com/my atau Facebook rasmi di www.fb.com/MotorolaMalaysia. –







READ ALSO  Laki bini menang pingat | Harian Metro

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.