Tanpa sempadan | Harian Metro

Kuala Lumpur: Pelaksanaan e-dagang berjaya mengurangkan halangan kepada kos kemasukan dan operasi perniagaan dengan ketara terutama bagi manfaat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Ekonomi Asia-Eropah ke-7 (EMM7) di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini berkata, e-dagang kini adalah elemen yang semakin penting dalam ekonomi global.

Menurutnya, dalam dunia yang saling terhubung melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), e-dagang memainkan peranan penting bukan saja dalam perdagangan domestik dan merentas sempadan, malah membantu pelaburan asing melalui penawaran perkhidmatan perantaraan.

EMM7 disertai menteri dan wakil ekonomi dan perdagangan dari 21 negara Asia dan 30 negara Eropah selain Sekretariat Suruhanjaya Eropah dan ASEAN.

Mesyuarat itu juga disertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bank Pembangunan Asia.

Bertema, Menyambung Semula Asia-Eropah: Kerjasama Inovatif Untuk Kemakmuran Inklusif, EMM7 membincangkan beberapa tajuk seperti Memudah dan Menggalak Perdagangan dan Pelaburan; Mengukuh Kesambungan Ekonomi serta Pertumbuhan Mampan dan Inklusif.

Dalam satu kenyataan MITI berkata, pada mesyuarat itu, menteri yang terbabit mengiktiraf peranan utama PMKS dalam mewujudkan pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran di negara maju dan negara sedang membangun.

“PMKS juga perlu memanfaatkan peluang ditawarkan aspek pendigitalan dan melakukan inovasi diri untuk menjadi pesaing yang kecil, pantas dan kuat dalam arena global yang mempunyai peluang yang sama untuk berjaya,” katanya.

Beliau berkata, menteri juga menyatakan sokongan padu untuk mengantarabangsakan PMKS dengan memupuk penyertaan mereka dalam rantaian nilai serantau dan global.

“Ini boleh dicapai dengan menawarkan akses lebih baik kepada maklumat, meningkatkan akses kepada infrastruktur digital serta membolehkan mereka meraih manfaat daripada pelbagai rangkaian perjanjian perdagangan bebas.

READ ALSO  Pahang mara, Kelantan tersingkir

“Menteri terbabit juga menggalakkan pegawai yang bertanggungjawab mengenai dasar PMKS di rantau Asia dan Eropah untuk berkongsi amalan terbaik serta pengetahuan berkaitan dalam forum yang sesuai termasuk WTO,” katanya.
– BERNAMA

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.