Tanpa perjanjian pun, Umno dan PAS boleh kerjasama, kata Annuar Musa

Ketua penerangan Umno itu berkata kedua-dua parti Melayu itu boleh mencari titik persamaan pada bila-bila masa.

Annuar-pas-umnoPETALING JAYA: Umno dan PAS tidak memerlukan perjanjian rasmi seperti memorandum persefahaman untuk bekerjasama dalam politik, sebaliknya kedua-dua parti itu boleh bekerjasama membangunkan Kelantan, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, sebagai parti Melayu, Umno dan PAS mempunyai matlamat yang sama namun berbeza pendapat mengenai cara dan kaedahnya.

“Tidak perlu ada perjanjian formal antara PAS dan Umno dalam mencari titik persamaan, bila-bila masa titik persamaan itu boleh bertemu, malah Umno dan PAS tidak perlu bergabung dalam satu parti, tetapi boleh bersama dan mencari ruang kebersamaan.

“Bagi pendapat saya, PAS tidak perlu masuk Umno, Umno tidak perlu masuk PAS, tapi mereka boleh bekerjasama majukan Kelantan,” katanya ketika wawancara secara langsung menerusi laman Facebook milik Berita Harian, hari ini.

Annuar berkata kerjasama PAS dan Umno akan menguntungkan orang Melayu.

“Majunya Kelantan, majulah orang Melayu,” kata pemimpin Umno dari Kelantan itu.

Menurutnya, sikap PAS yang istiqamah dalam perjuangan mereka memusnahkan ancaman politik daripada DAP.

“PAS tidak mahu bersekongkol apabila DAP cuba mengawal parti pembangkang dan menggunakan parti politik Melayu untuk memecah belahkan orang Melayu,” katanya.

Beliau memberikan perbandingan peranan Umno dalam BN dengan peranan DAP dalam Pakatan Harapan (PH).

“Barisan Nasional (BN) diketuai Umno dan pembangkang diketuai DAP, sebagai sebuah parti lama DAP mengawal parti-parti kecil ini.

“Parti lain hanyalah serpihan dan tidak mempunyai DNA mereka sendiri, hanya terikut-ikut seperti parti asal mereka,” kata Annuar.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

READ ALSO  Kematian Mohd Yusuf dirasai | Kes


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.