Tangguh lagi | Harian Metro

AKSI Kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2019 di antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang ditangguhkan selepas Kementerian Luar melarang rakyat Malaysia ke Korea Utara.

Penundaan berkenaan berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu Korea Utara selain ancaman perang daripada Amerika Syarikat yang bersedia menyerang Republik itu pada bila-bila masa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan AFC, hari ini, aksi kedua-dua pasukan ini akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC dalam waktu terdekat dengan kemungkinan tarikh baru dan penetapan venue akan diputuskan segera.

“AFC hari ini dimaklumkan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) bahawa Kementeria Luar (Malaysia) mengeluarkan larangan berkunjung ke Pyongyang.

“Maka, AFC akan menyerahkan isu ini kepada jawatankuasa bertanggungjawab untuk membuat keputusan mengenai aksi kedua-dua negara secepat mungkin,” katanya.

Penanggguhan ini adalah yang ketiga dibuat berikutan jadual asal perlawanan pada 28 Mac ditunda kepada 8 Jun lalu ekoran ketegangan hubungan diplomatik susulan pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, 13 Februari lalu.

Berikutan ketegangan yang berlanjutan itu, aksi berkenaan sekali lagi ditunda ke 5 Oktober ini, sebelum perlawanan menentang Hong Kong lima hari kemudian.

Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada sebelum ini membuka kempen kelayakan dengan kekalahan 1-2 kepada Lubnan pada 13 Jun di Stadium Larkin sebelum terikat 1-1 menentang Hong Kong pada 5 September lalu di Stadium Hang Jebat.

Berdasarkan keputusan itu, skuad negara kini menduduki tempat terakhir kumpulan dengan satu mata dan wajib meraih tiga mata penuh ketika berdepan Korea Utara bagi menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan akhir di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dijadualkan bermula 5 Januari hingga 1 Februari 2019.

READ ALSO  Mahkamah: Jong-nam mati akibat agen saraf X

Lubnan berada di kedudukan teratas dengan tujuh mata, diikuti Korea Utara di tempat kedua menerusi kelebihan jaringan walaupun berkongsi dua mata dengan Hong Kong.



Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.