Tambah tanda amaran keselamatan di selekoh berisiko

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Selekoh tajam di susur keluar daripada Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban ke persimpangan Kuchai Lama dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) perlu dilengkapi tanda amaran keselamatan lebih efektif.

Ketua Biro Perkhidmatan Aduan Awam, Parti Gerakan, Datuk Wilson Lau Hoi Keong berkata, selekoh satu lorong itu antaranya memerlukan tanda amaran arus trafik bagi mengelakkannya menjadi laluan berlapis-lapis ketika waktu puncak.

Katanya, kejadian itu menyebabkan laluan menjadi sempit lantas kemalangan kecil antara kenderaan bergeser termasuk dengan penghadang konkrit sering berlaku semasa di selekoh jalan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu.

“Pemasangan lampu amaran berkelip juga wajar dipasang di selekoh berisiko itu agar pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan terutama semasa hujan lebat dan pada waktu malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas turun padang bersama wakil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan tiga konsesi lebuhraya berhampiran bagi meninjau keselamatan sekitar susur itu. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  PM dijangka rasmi Ekspo Johor Berkemajuan | Nasional


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.